Gina Raimondo
Gina Raimondo

Gina Raimondo

Gina Marie Raimondo (/rəˈmɒndoʊ/; lahir 17 Mei 1971) ialah seorang ahli politik dan pemodal teroka Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai gabenor Rhode Island sejak tahun 2015. Seorang anggota parti Demokrat, beliau ialah wanita pertama yang menjadi gabenor Rhode Island.[1] Sebelum pemilihannya, beliau berkhidmat sebagai bendahari agung Rhode Island dari tahun 2011 hingga 2015 dan merupakan wanita kedua yang memegang jawatan itu. Beliau dipilih sebagai calon Demokrat untuk pentadbiran Rhode Island dalam pilihan raya gabenor 2014. Raimondo memenangi pilihan raya itu pada 4 November 2014, dengan 41% undi.[2] Beliau memenangi pemilihan semula untuk penggal kedua pada 6 November 2018.Berikutan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Raimondo disebut-sebut sebagai calon setiausaha kabinet di bawah pentadbiran presiden Joe Biden. Meskipun pertama kali beliau disebut-sebut akan memegang jawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Raimondo mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil jawatan itu.[3]Pada 8 Januari 2021, Biden mengumumkan bahawa beliau mencalonkan Raimondo untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat dalam kabinetnya.[4][5]